Kebaikan program
ini dilaksanakan ialah dapat memberi kesedaran kepada pengguna surau SMA
Assaiyidah Khadijah khususnya di kalangan pelajar tentang fungsi surau atau
masjid sebenarnya semenjak di zaman Rasulullah. Sekiranya surau tidak diuruskan
dengan baik, kemungkinan pelajar tidak memahami fungsi sebenar surau dan
aktiviti keagamaan tidak berjalan dengan baik dan teratur . Sungguhpun begitu,
untuk menanamkan rasa tanggungjawab secara berterusan dihati pelajar bukanlah
perkara yang mudah. Untuk itu bantuan dari pihak PPD dengan kerjasama SPI jika
dapat mengadakan kem atau program khas untuk memberi kesedaran kepada pelajar
tentang betapa pentingnya surau secara berterusan amat dihargai. Saya
mencadangkan keutamaan dilihat kepada
bagaimana di transformasikan surau lebih
baik lagi.. Dengan kata lain “Make Over Surau”. Selain itu faktor masa, kos dan
keadaan fizikal surau kondusif
berinformasi di sesebuah sekolah juga perlu diambil kira semasa pemantauan atau
penilaian program anugerah surau imarah
ini. Bagi membudayakan motto yang dipilih sekolah
seelok eloknya di paparkan dan dipamerkan di setiap tempat, terutama di pintu surau supaya pelajar dapat menghayati dan
menghargai nilai nilai baik setiap kali masuk dan keluar daripada surau, contohnya motto “Imarah,
Amal, Istiqamah ”.
KESIMPULAN
Program pertandingan anugerah surau imarah
peringkat sekolah-sekolah Negeri Melaka ini secara tidak langsung merupakan salah satu aktiviti
jawatan kuasa surau (unit dakwah) bagi tahun 2014. Ianya sedapat mungkin
menggariskan pengisian program pertandingan
dengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah secara bekerjasama.
Walaupun
terdapat kekangan, kerana masih ada
segelintir pelajar yang tiada kesedaran dan
tidak memiliki rasa tanggungjawab semasa menggunakan surau, ianya bukanlah
penghalang untuk memastikan matlamat mengimarahkan surau berfungsi dengan cemerlang tercapai. Hasil daripada
transformasi surau SAIKHAD bermula pada
tahun 1999 hingga sekarang khususnya tahun 2014 dimana SAIKHAD mendaftar untuk
memasuki pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah - Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan buat kali kedua, kelihatan warga
SAIKHAD khususnya pelajar pelajar amat menghargai dan berbangga dengan memberi
kerjasama yang amat baik dalam sama-sama
menjaga surau serta mengikut peraturan
sedia ada. Dengan menyertai pertandingan
imarah surau ini dapat mendisiplinkan warga SAIKHAD suka ke surau dan mengekang
vandalisma.
Secara
keseluruhan program ini mendidik pelajar menghargai kewujudan surau dan menjadi
satu kerugian kepada mereka bagi merosakkan usaha penat lelah tidak terhingga
Puan Pengetua dan warga SAIKHAD merealisasikan motto “Imarah,
Amal, Istiqamah”. Disamping
itu ianya juga menggalakkan pelajar mencontohi apa yang dilihat dan dipraktik di sekolah untuk dipraktikkan
pula dirumah bersama ahli keluarga atau bersendirian.
No comments:
Post a Comment