Kata-Kata Aluan Pengetua Saikhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Pertandingan Anugerah Imarah Surau 2014 ini. Surau mampu menggambarkan imej sesebuah organisasi. Justeru surau perlu di imarahkan dengan aktiviti-aktiviti sempurna selesa, kondusif, berinfo dan memberi banyak kebaikan dunia dan akhirat agar pengguna yang dihasilkan merupakan pengguna yang positif . Justeru itu dengan menyertai program pertandingan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran warga SAIKHAD betapa pentingnya surau. “Imarah, Amal dan Istiqamah" itulah motto surau SAIKHAD. Harapan saya dengan kalimah ini dapat menggalakkan seluruh warga SAIKHAD menjaga dan mengekalkan konsep mengimarahkan surau pada sepanjang masa. Justeru itu menjadi amalan berpanjangan sehingga di rumah. Saya berdoa agar warga SM Arab Assaiyidah Khadijah akan terus positif dalam mengimarahkan surau bukan sahaja dari segi fizikal tetapi dapat mengamalkan segala aktiviti aktiviti yang dijalankan dan menjadi dai dan murabbi contoh kepada warga SAIKHAD selain daripada menjadi contoh di rumah dan di luar sana. Harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan. Sekian terima kasih.

Sebelum Transformasi Surau

Selepas Transformasi Surau

Motto

MOTTO DAN TEMA


Motto  untuk  Surau Raudhatul Jannah SMA Assaiyidah Khadijah bagi tahun 2014  ialah Imarah, Amal, Istiqamah”.  Untuk itu konsep  berinformasi  dengan kalimah kalimah Allah, Muhammad s.w, ayat ayat quran, kata kata hikmah dalam Bahasa Melayu juga Bahasa Inggeris, Asma Ulhusna dan poster poster agama di dalam dan juga luar surau. Fail fail yang mengandungi infomasi dari seluruh dunia. Gambar aktiviti aktiviti sepanjang 2014 di pamerkan di papan kenyataan. Maklumat maklumat semasa juga di pamerkan.  Warna-warna cat di dalam dan luar surau memberikan kesan sejuk serta  menarik. Landskap yang tersusun rapi di bahagian luar dengan dua batang pokok kurma yang  menambahkan lagi suasana tarikan pengguna pengguna surau.  Terdapat juga peraturan, arahan-arahan dan maklumat-maklumat yang berguna dipamerkan  bersesuaian dengan hasrat sekolah membudayakan  dan mengimarahkan surau   kepada pelajar pelajar. Semoga konsep berinformasi di surau Raudhatul Jannah dapat di imarahkan, di amalkan dan di istiqamahkan oleh pelajar pelajar SAIKHAD.

Keistimewaan

Penerapan nilai murni.

Tulisan Khat, ayat ayat quran, kata kata hikmah, asma ulhusna yang dipamerkan di dinding dinding surau serta adab-adab yang  berada di surau dapat menanamkan nilai-nilai murni  serta adab adab mulia di jiwa pelajar.

 
Kata-kata hikmah dan informasi

Terdapat banyak kata-kata hikmah dan poster-poster informasi ditampalkan di  setiap  ruang dan sudut  surau  secara langsung dan tidak langsung dapat memberi kesedaran dan mendidik disamping memberi  manfaat ‘dua dalam satu’ iaitu menggunakan  surau  dan mendapat informasi dalam dan luar  Negara.

Membawa impak positif

Keceriaan dan kebersihan serta keselesaan surau yang bermotifkan motto Imarah, Amal, Istiqamah  mendorong warga sekolah mencintai  surau dan menghargai kemudahan yang sedia ada ke arah melahirkan masyarakat muslim Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai murni.dalam surau atau rumah Allah. Surau yang selesa dan kondusif adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang dijalankan di surau.




No comments:

Post a Comment