Kata-Kata Aluan Pengetua Saikhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Pertandingan Anugerah Imarah Surau 2014 ini. Surau mampu menggambarkan imej sesebuah organisasi. Justeru surau perlu di imarahkan dengan aktiviti-aktiviti sempurna selesa, kondusif, berinfo dan memberi banyak kebaikan dunia dan akhirat agar pengguna yang dihasilkan merupakan pengguna yang positif . Justeru itu dengan menyertai program pertandingan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran warga SAIKHAD betapa pentingnya surau. “Imarah, Amal dan Istiqamah" itulah motto surau SAIKHAD. Harapan saya dengan kalimah ini dapat menggalakkan seluruh warga SAIKHAD menjaga dan mengekalkan konsep mengimarahkan surau pada sepanjang masa. Justeru itu menjadi amalan berpanjangan sehingga di rumah. Saya berdoa agar warga SM Arab Assaiyidah Khadijah akan terus positif dalam mengimarahkan surau bukan sahaja dari segi fizikal tetapi dapat mengamalkan segala aktiviti aktiviti yang dijalankan dan menjadi dai dan murabbi contoh kepada warga SAIKHAD selain daripada menjadi contoh di rumah dan di luar sana. Harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan. Sekian terima kasih.

Sebelum Transformasi Surau

Selepas Transformasi Surau

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SURAU

Kebaikan program ini dilaksanakan ialah dapat memberi kesedaran kepada pengguna surau SMA Assaiyidah Khadijah khususnya di kalangan pelajar tentang fungsi surau atau masjid sebenarnya semenjak di zaman Rasulullah. Sekiranya surau tidak diuruskan dengan baik, kemungkinan pelajar tidak memahami fungsi sebenar surau dan aktiviti keagamaan tidak berjalan dengan baik dan teratur . Sungguhpun begitu, untuk menanamkan rasa tanggungjawab secara berterusan dihati pelajar bukanlah perkara yang mudah. Untuk itu bantuan dari pihak PPD dengan kerjasama SPI jika dapat mengadakan kem atau program khas untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang betapa pentingnya surau secara berterusan amat dihargai. Saya mencadangkan keutamaan  dilihat kepada bagaimana di transformasikan surau  lebih baik lagi.. Dengan kata lain “Make Over Surau”. Selain itu faktor masa, kos dan keadaan fizikal surau  kondusif berinformasi di sesebuah sekolah juga perlu diambil kira semasa pemantauan atau penilaian program anugerah  surau imarah ini. Bagi membudayakan motto yang dipilih sekolah seelok eloknya di paparkan dan dipamerkan di setiap tempat, terutama di pintu  surau supaya pelajar dapat menghayati dan menghargai nilai nilai baik setiap kali masuk dan keluar   daripada surau, contohnya motto “Imarah, Amal, Istiqamah  ”.





PELAN BANGUNAN SURAU RAUDATUL JANNAH









KESIMPULAN 

 Program pertandingan anugerah surau imarah peringkat sekolah-sekolah Negeri Melaka ini secara tidak langsung merupakan salah satu aktiviti jawatan kuasa surau (unit dakwah) bagi tahun 2014. Ianya sedapat mungkin menggariskan pengisian program pertandingan  dengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah secara bekerjasama.
Walaupun terdapat kekangan,  kerana masih ada segelintir pelajar yang tiada kesedaran  dan tidak memiliki rasa tanggungjawab semasa menggunakan surau, ianya bukanlah penghalang untuk memastikan matlamat  mengimarahkan surau berfungsi  dengan cemerlang tercapai. Hasil daripada transformasi  surau SAIKHAD bermula pada tahun 1999 hingga sekarang khususnya tahun 2014 dimana SAIKHAD mendaftar untuk memasuki pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah - Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan buat kali kedua, kelihatan warga SAIKHAD khususnya pelajar pelajar amat menghargai dan berbangga dengan memberi kerjasama yang amat  baik dalam sama-sama menjaga  surau serta mengikut peraturan sedia ada.  Dengan menyertai pertandingan imarah surau ini dapat mendisiplinkan warga SAIKHAD suka ke surau dan mengekang vandalisma.
Secara keseluruhan program ini mendidik pelajar menghargai kewujudan surau dan menjadi satu kerugian kepada mereka bagi merosakkan usaha penat lelah tidak terhingga Puan Pengetua dan warga SAIKHAD merealisasikan motto “Imarah, Amal, Istiqamah”.   Disamping itu ianya juga menggalakkan pelajar mencontohi apa yang dilihat  dan dipraktik di sekolah untuk dipraktikkan pula dirumah  bersama  ahli keluarga  atau  bersendirian.

No comments:

Post a Comment