Kata-Kata Aluan Pengetua Saikhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Pertandingan Anugerah Imarah Surau 2014 ini. Surau mampu menggambarkan imej sesebuah organisasi. Justeru surau perlu di imarahkan dengan aktiviti-aktiviti sempurna selesa, kondusif, berinfo dan memberi banyak kebaikan dunia dan akhirat agar pengguna yang dihasilkan merupakan pengguna yang positif . Justeru itu dengan menyertai program pertandingan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran warga SAIKHAD betapa pentingnya surau. “Imarah, Amal dan Istiqamah" itulah motto surau SAIKHAD. Harapan saya dengan kalimah ini dapat menggalakkan seluruh warga SAIKHAD menjaga dan mengekalkan konsep mengimarahkan surau pada sepanjang masa. Justeru itu menjadi amalan berpanjangan sehingga di rumah. Saya berdoa agar warga SM Arab Assaiyidah Khadijah akan terus positif dalam mengimarahkan surau bukan sahaja dari segi fizikal tetapi dapat mengamalkan segala aktiviti aktiviti yang dijalankan dan menjadi dai dan murabbi contoh kepada warga SAIKHAD selain daripada menjadi contoh di rumah dan di luar sana. Harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan. Sekian terima kasih.

Sebelum Transformasi Surau

Selepas Transformasi Surau

Sejarah Surau


SEJARAH


           SM  Arab Assaiyidah Khadijah yang pada awal penubuhannya dikenali sebagai Sek. Men. Lapis Merlimau pada tahun 1980 hingga 1995 beroperasi dengan menumpang di satu unit bangunan Sek. Ren. Agama Merlimau (1980). Pada ketika itu tiada surau. Kemudian berpindah ke Sek. Keb. Merlimau (1982). Oleh kerana pada masa itu terdapat asrama perempuan dan lelaki di kawasan sekolah tetapi masih lagi tiada surau. Pelajar pelajar solat dalam asrama. Seterusnya  berpindah ke SMK Dang Anum (1991). Oleh kerana menumpang di sekolah orang , kita juga menumpang surau sekolah yang sedia ada. Pada 1992 berpindah ke Sek Ren. Agama Pulai dimana sekolah ini kedudukannya berhadapan dengan masjid Pulai  (betul betul depan masjid) dan masih lagi menumpang.  Selama 15 tahun menumpang dan berpindah randah, begitulah juga dengan surau pada waktu itu menumpang dan berpindah randah. Akhirnya pada tahun 1995 SMA Assaiyidah Khadijah mendapat bangunan yang kekal hingga sekarang.
Walaupun telah mendapat bangunan sendiri dan kekal  masih lagi  tiada surau. Segala aktiviti surau pada masa itu dijalankan di dalam kelas yang diubahsuai menjadi surau sementara. Bermula pertengahan tahun 1997  sebuah surau SAIKHAD telah dibina sehingga tahun 1998.Ini adalah hasil Inisiatif PIBG sekolah yang telah menubuhkan Jawatankuasa bagi membina surau yang dipengerusikan oleh En. Muhammad b. Sahat. Pada tahun tersebut SMA Assaiyidah Khadijah mula mempunyai kemudahan surau sendiri dan menggunakan sepenuhnya hingga sekarang. Dana untuk membina surau tersebut dimana  pihak sekolah telah memperolehi  sumbangan dari Kementerian Kewangan Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM150,000.00 selain mendapatkan sumbangan orang perseorangan dan pungutan derma masyarakat sekeliling.

 2
 
          Setelah surau siap dibina, Surau Raudhatul Jannah telah dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Allahyarham Datuk Seri Hj. Mohd Zin b. Hj Abdul Ghani. Sehingga sekarang banyak usaha-usaha menaik taraf keselesaan dan kemudahan surau telah dilakukan. Diantaranya   lantai  surau yang asalnya carpet ditukar kepada tiles dan mozek  , bilik wuduk yang selesa dan cantik penggunaan warna warna yang menarik tilesnya serta penulisan khat yang merupakan etos SAIKHAD.  Ayat ayat quran yang ada di sekeliling dinding dalam dan luar surau adalah hasil tangan pelajar pelajar  Kelab Khat SAIKHAD yang di bimbing oleh Ustaz Rashidy bin Omar. Dengan kerjasama pihak pentadbir membiayai program Khat setiap tahun selama 3 hari mempelajari penulisan Khat dengan menjemput pakar Khat dari luar. Baru baru ini  2 orang pelajar SAIKHAD telah mendapat Johan dan Tempat ke 3 Khat dalam Majlis Ihtifal Ilmi Peringkat Kebangsaan 2014 di Kuala Terengganu.

Sehingga kini SMA Assaiyidah Khadijah mempunyai sebuah bangunan  surau yang mengandungi:

1.       1 ruang legar solat.
2.       1 mimbar
3.       1 bilik wuduk untuk perempuan(di dalam)
4.       1 ruang terbuka tempat wuduk untuk lelaki (diluar)
5.       1 bilik pengurusan,
6.       1 bilik rawatan pelajar
7.       1  bilik serbaguna – bilik PdP, bilik keseniaan dan bilik computer.
8.       1 bilik stor
9.       1 bilik DB board(Elektrik) 
10.     1 varandah bahagian hadapan.
11.     1 sudut bacaan
12.     1 ruang pancaran LCD
13      1 ruang membaca
14      1 ruang tamu

Bahagian luar kawasan Surau:

1.       1  Replika Kaabah
2.       1  Replika Laluan Saie
3.       1  Replika Melontar
4.       2  buah  Pondok Ilmu
5.       Tandas lelaki dan perempuan di luar.
6.       2 batang pokok kurma

 
 

No comments:

Post a Comment