Kata-Kata Aluan Pengetua Saikhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Pertandingan Anugerah Imarah Surau 2014 ini. Surau mampu menggambarkan imej sesebuah organisasi. Justeru surau perlu di imarahkan dengan aktiviti-aktiviti sempurna selesa, kondusif, berinfo dan memberi banyak kebaikan dunia dan akhirat agar pengguna yang dihasilkan merupakan pengguna yang positif . Justeru itu dengan menyertai program pertandingan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran warga SAIKHAD betapa pentingnya surau. “Imarah, Amal dan Istiqamah" itulah motto surau SAIKHAD. Harapan saya dengan kalimah ini dapat menggalakkan seluruh warga SAIKHAD menjaga dan mengekalkan konsep mengimarahkan surau pada sepanjang masa. Justeru itu menjadi amalan berpanjangan sehingga di rumah. Saya berdoa agar warga SM Arab Assaiyidah Khadijah akan terus positif dalam mengimarahkan surau bukan sahaja dari segi fizikal tetapi dapat mengamalkan segala aktiviti aktiviti yang dijalankan dan menjadi dai dan murabbi contoh kepada warga SAIKHAD selain daripada menjadi contoh di rumah dan di luar sana. Harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan. Sekian terima kasih.

Sebelum Transformasi Surau

Selepas Transformasi Surau

Sekapur Sirih

PENGHARGAAN 


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan “Program Pertandingan Anugerah Imarah Surau Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Melaka”. Alhamdulillah, sepanjang kami menjayakan program ini secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan surau   dengan persekitaran yang bersih dan sihat dengan moto “Imarah, Amal. Istiqamah”.

Dikesempatan ini ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat  mengimarahkan surau sekolah. Terutamanya kepada pengetua, Pn. Faridah bte Ismail, GPK HEM Pn. Wan Habibah bte Wan Ibrahim, GKMP PAIBA, Pn. Roslina bte Sulaiman, BPI wakil PPD Jasin, wakil SPI,  serta semua kakitangan Assaiyidah Khadijah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung . Tidak ketinggalan juga kepada semua pelajar SAIKHAD yang telah memberi kerjasama bagi merealisasikan “Imarah Surau di SAIKHAD”. Segala bantuan dan sokongan yang telah dihulurkan amatlah dihargai, kerana tanpa kerjasama dan sokongan semua, program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.


Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment